






malam yang panjang bagi aku. keluar office petang jumaat dalam 8.30 pm lepas habis duduk dengan boss aku pasal report headcount kilang dari petang lagi. dahlah malam sebelum tu aku balik dalam 1.00 am , siapkan head count 4 department. kalu aku tak siap awal2 lagi , mesti pening kepala aku masa meeting dengan boss hari ni. banyak yang tak dijangka. puncanya area xxx masing2 tak reti nak update headcount masing2. semuanya 100% depends kat aku. anak buah sendiri pun tak tahu berapa ramai. entahlah.
balik umah aku pengsan sampai jam 4.50 am , baru tersedar sembahyang isyak dan terus tunggu subuh..
aku gerak per gi johor pagi sabtu , dalam 10 am. selain melawat pak mertua aku yang operation mata last week , hari ni ada kenduri anak kakak ipar aku kahwin kat kluang , taman kluang barat.penat memanglah penat (penat minggu lepas balik menjaga pak mertua aku pun tak hilang lagi). tanggung jawab perlu dilaksanakan.
aku balik sorang jer , anak sedara aku ayip kat uitm shah alam tak nak ikut. periksa katanya next week. eloklah , exam lagi utama. sepanjang jalan aku layan cd dalam kete. breakfast kat tesco dan keluar duit sebelum gerak terus ikut ELITE.
sepanjang jalan line clear , aku break kejap kat R&R pedas dalam 10 minit minum jap. sambung terus sampai kluang dalam 12.45. terus gi kenduri , jumpa sedara lebih kurang dan sedekah apa yang patut dan makan. aku tunggu sampai 3.30 pm baru gerak pergi follow up tengok pak mertua aku kat umah kakak ipar aku.
kenduri kat johor ni nak masuk umah pengantin kena pakai tol (touch & go dia orang tak pakai). eloklah tu adat negeri masing2. tapi better explain awak kat keluarga menantu especially kat emak bapak dan emak2 sedara dia orang takut tak faham. boleh jadi bergaduh nanti. sebab apa.. korang pi tanyalah kat kawan2 orang johor atau bersuami/isterikan orang johor. takut ada yang terasa macam keluarga sebelah tuan rumah nak mempermain-mainkan rombongan pengantin.aku dah ada pengalaman but wife aku dah explain awal2 semuanya beres. tak ada kecoh apa2.
lagi satu kenduri kahwin kat johor ni meriah. dari nasi berianinya , ke lauk kambing hinggalah ke sesi karaokenya. patutlah banyak artis2 malysia datang dari johor. dari budak kecik hinggalah pakcik makcik yang dah berumur semuanya nak test "power" suara nyanyi. pendek kata selagi khemah kenduri tak dicabut , tak berhentilah PA suara tu berbunyi.
lepas jumpa pak mertua aku dan bawak keluarga dari singapore datang melawat sekali aku gerak terus balik shah alam dalam 5 pm. sampai shah alam dalam 9.45 pm. balik pun jalan clear , sebelum tu berhenti makan kat pagoh , makan lauk dan nasi kenduri "bontrot" yang dibekalkan oleh kakak ipar aku. aku ingat nak singgah nilai 3 jap , window shopping tapi tengok jam dah lewat balik terus jerlah. mata pun dah berat.
No comments:
Post a Comment