
citer dah 3 minggu tapi baru hari ni aku upload dalam blog. aku ambil cuti dua hari khamis 28 januari dan jumaat 29 januari 2010.balik johor. pak mertua aku operation mata. aku tak bagi wife aku balik sebab jauh.hero aku pun sekolah dan wife aku pun kena keje. aku cakap kat wife aku ,aku settlekan semua. dont worry, gerenti beres.
aku ringkaskan jer , sebab isu2 macam ni sensitif sikit. maleh nak gaduh-gaduh.aku tolong jaga pak mertua aku kat wad hospital batu pahat. kiranya shift malam , 7-7. dah macam kontrak "global partner" pulak aku ni. adik ipar aku jaga siang. aku ingat satu jer ,aku pun tua esok dan aku pun ada anak jugak. itu saja. last sekali aku jaga malam kat hospital ni , masa arwah nenek aku sakit , admitted kat hospital besar ipoh. temankan emak aku sekali. adalah dalam 15 tahun lepas.
aku gerak dari kl, tengah hari jugak sebab menyiapkan report untuk PM dulu. apa pun terima kasih berbanyak pada office mate aku "2-H" , yang tolong aku menyambungkan mana yang tak sempat aku sempurnakan. baik betul dia orang ni. settle semua , aku gerak dari shah alam jam 1.00 pm , terus masuk ELITE. aku berhenti rehat jap 30 minit kat R&R Yong Peng.sampai ayer itam jam 5.45 pm. terus gerak ke hospital batu pahat, untuk tukar shift.pak mertua aku dah operation dalam 4.00 pm tu. satu malam yang panjang.
persiapan tak ada apa , semua barang aku simpan dalam kete jer. nurse start tutup gate jam 9.00 pm untuk visitor (then ramai yang kena tido kat luar). aku dinner kat kantin hospital dulu "nasi goreng kampung" dan "kopi o ais", then beli mineral dan apa yang patut sebelum gerak naik ke wad.
open ward dengan 6 katil (sini tak ada kelas satu). bil semua wife aku settlekan. aku tolong jaga dan uruskan sampai siap dan keluar.sembang lebih kurang , dalam 9.00 pm , pak mertua aku tido. mengantuk makan ubat kot. aku pulak baca buku sikit dan NP , sebelum tido atas lantai (pakai TOTO) dalam 12.00 pm. lampu memang dah digelapkan jam 7.30 pm sebab semua patient kat sini operation mata , sensitif pada cahaya.
lewat .. saja aku nak make sure dia nak ke toilet semua settle dulu walau pun memang aku penat giler .. aku sedar2 tengok handphone dah jam 5.30 am. mandi , subuh dan tunggu doc datang buat check up.
No comments:
Post a Comment