





keje rabu , khamis , jumaat macam tak keje jer. orang banyak cuti lagi , cuti raya cina sambung sampai ahad. aku pulak , fikir punya fikir aku decide balik dungun balik. arina aku pun dok meragam jer sejak aku balik hari tu.
masalahnya..tiket. mana nak cari tengah time musinm cuti ni. aku redah jer , cari tiket bas online kat petronas (dapat pulak tu .. last seat , terima kasih transnasional dan awek yang jual tiket kat kaunter dan sanggup tunggu aku on hold call dari firefly) . balik macam biasa firefly. maleh aku nak bersosak-sosak tengah jalan (hari ahad time semua orng nak balik kl).
aku naik dari hentian putera , ridwan pi tolong hantar. aku tumpang kete dia on the way dia nak pergi kl. sampai dalam 6.20 pm , awal lagi tu aku asar dulu kat yaohan dan tidur jap kat surau dia sambil tunggu maghrib. aku makan kat food court jer.
yaohan ni dah tak meriah macam zaman 90 an dulu. yelah dan banyak saingannya sekarang. bas aku dua tingkat. dapat duduk seat depan sekali tingkat atas. start gerak 9.00 pm sampai dungun 2.00 am. wife aku datang ambil , sebab aku maleh nak jalan kaki sebab bawak laptop aku. laptop wife aku down , dia nak pinjam jap.
No comments:
Post a Comment