Sunday, February 28, 2010

puchong perdana



aku tak balik minggu ini. ada jemputan kenduri kahwin dari rahman dali "sequencer" kat puchong perdana , kahwin anak dia. kena bagi sokonganlah jugak , satu office pulak tu. aku gerak ke sana dalam 12.45 , sekali dengan faizal pi (jumpa kat office).

habis makan , aku terus balik. rehat jer kat umah sebab esok pagi aku nak gerak ke johor pulak , ada kenduri kahwin anak kakak ipar aku kat yong peng. balik sorang jer.

Saturday, February 27, 2010

panasnya




memang panas. hujan langsung tak da kat sini. panas dan kering terutamanya waktu malam. dua malam kat sini , aku dapat tidur 3-4 jam jer , sebab berbahang panasnya. tak boleh tidur. bersyukur sangat aku kat kl , tiap-tiap petang boleh dikatakan hujan lebat.

apa pun sabar-sabar jerlah.

hujung minggu








keje rabu , khamis , jumaat macam tak keje jer. orang banyak cuti lagi , cuti raya cina sambung sampai ahad. aku pulak , fikir punya fikir aku decide balik dungun balik. arina aku pun dok meragam jer sejak aku balik hari tu.

masalahnya..tiket. mana nak cari tengah time musinm cuti ni. aku redah jer , cari tiket bas online kat petronas (dapat pulak tu .. last seat , terima kasih transnasional dan awek yang jual tiket kat kaunter dan sanggup tunggu aku on hold call dari firefly) . balik macam biasa firefly. maleh aku nak bersosak-sosak tengah jalan (hari ahad time semua orng nak balik kl).

aku naik dari hentian putera , ridwan pi tolong hantar. aku tumpang kete dia on the way dia nak pergi kl. sampai dalam 6.20 pm , awal lagi tu aku asar dulu kat yaohan dan tidur jap kat surau dia sambil tunggu maghrib. aku makan kat food court jer.

yaohan ni dah tak meriah macam zaman 90 an dulu. yelah dan banyak saingannya sekarang. bas aku dua tingkat. dapat duduk seat depan sekali tingkat atas. start gerak 9.00 pm sampai dungun 2.00 am. wife aku datang ambil , sebab aku maleh nak jalan kaki sebab bawak laptop aku. laptop wife aku down , dia nak pinjam jap.

kerteh





aku balik dengan firefly dari kerteh jer. aku ambil flight petang selasa , 6.20 pm. tiket RM 117.00. wife dan anak-anak aku hantar kat airport. ni dulu airport kongsi petronas dengan penerbangan pelangi air (tapi dah tutup). sampai subang dalam 7.15 pm.

ambil cab terus balik umah. malam rehat dan siap untuk keje esok.

Monday, February 22, 2010

super top





dinner kat tanjung lumpur. keluar lewat dalam 9.15 pm sebab aku nak tengok berita dulu. petang tadi wife aku temankan hero aku swimming kat pool sebab aku letih giler dan arina aku pun tak nak berenggang langsung dengan aku. kalu tak mengamuk menangis.

"super top" tu yang paling meriah aku tengok tempat makan tepi jalan menuju ke persimpangan ke tanjung lumpur. pergh orang ramai giler. tapi aku tengok ikan bakarnya berasap , macam sedap jer. lagi pun wife aku teringin nak makan ikan bakar dinner ni.aku layan jer.

aku pilih ikan pari (bakar) dan sotong 2 ekor (bakar juga). lain-lain tom yam campur dan kailan ikan masin. semuanya nampak fresh. meja sebelah aku , punya bengang sebab ordar air tak sampai-sampai terus bangun blah macam tu jer satu keluarga dengan tak bayar langsung lepas makan nasi dengan lauk side ordar. marahkan sebab air tak sampai dengan ordar ikan tak sampai-sampai. eesh .. kalu ya pun bayorlah dulu , karang buatnya tak dihalalkan oleh tuan punya restoran ..

adalah dalam 50 minit baru ordar sampai. maleh nak bising-bising tunggu jerlah sebb orang pun memang ramai , semua nak makan kat luar time cuti-cuti malaysia ni. family aku sporting , tak dak masalah punya. hero aku pun ok malam ni sebab "wish list" dia dah tertunai petang tadi. aku bagi wife aku dan hero aku makan dulu sambil aku dukung arina dulu (dia dah settle dengn susu dia itu yang tak meragam tu).

kesimpulannya dengn RM 57.00 not bad bagi aku price dengan tastenya. ikan seekor dia charge RM 20.00. kira oklah dengan aku rembat pari besor tu. dapatlah mengubat hati aku yang luka tak dapat makan ikan sungai kat tasik chini petang tadi tu. dan satu lagi nasihat aku kalu nak datang sini , datang lepas jam 10.30 pm line clear, orang dah tak ramai. ordar cepat sampai.

arina



tasik chini





nak isi masa , aku tanya wife aku nak jalan-jalan lagi tak? dia ikut jer. nak shopping maleh nak bersesak-sesak kat berjaya mall tu. so aku decide habiskan teroka bumi pahang sebelah tenggara ni. tasik chini .. wife aku best , ikut jer. dia dah faham minat aku meneroka tempat-tempat yang orang jarang sampai ni. lagi pun masa awal lagi baru jam 12.00. aku dah bayangkan lunch nanti makan kat restoran menghadap tasik chini , sambil menikmati hidangan ikan-ikan segar dari tasik , masak tempoyak ke , ikan bakar ker ..pergh.. perut pun dah lapor ni..

adalah dalam 60 km dari pekan , ikut jalan ke "mentiga" sebelum jumpa jalan besar lebuh raya tun razak menuju ke muadzam. minyak 1/2 tangki jer. aku pun cuak mulanya , lepas ke tak lepas untuk jumpa next petrol station. tawakal jerlah. nak menakutkan lagi aku sepanjang jalan kiri kanan , hutan dan tak ada tanda-tanda aku akan jumpa petronas untuk isi minyak dan isi borang peraduan jadi jutawan RM 2 juta ringgit.

jalan nak ke chini , memang sunyi giler bercampur ladang kelapa sawit kiri dan kanan jalan (kete rosak tengah jalan , nasiblah). area felda ni. akhirnya sampai jugak kami kat sana dalam 1.45 pm.

macam aku tak percaya , bila sampai hampeh . .apa pun tak ada. tak menarik seperti yang digambarkan dalam dokumentari kat tv. yang ada 2.3 chalet yang tengah dok buat kat pinggir tasik (rujuk gambar) dan jeti tempat pelancong nak naik bot tour tasik.

restoran .. nak makan kena naik bot pergi nun jauh di sana di tengah tasik. itu jer.. buang karan jer aku datang jauh-jauh ni.

hero aku dah mengamuk (rujuk gambar dia tengah tarik muka) sebab lapor dan restoran impian aku tak ada pun. wife dan arina aku pun dah tak ada mood (tak jadi nak naik bot , sebab dia risau takut jadi benda bukan-bukan).

aku pecut balik (dengan tawakalnya sebab minyak masih 1/2). apa pun "tumbs up" pada waja aku sebab minyak bergerak secara konsisten tanpa merundum banyak. sebelum tu aku tanya kat brother sorang tu , "petrol station terdekat kat mana bro?". dia cakap ada dalam 30 km lagi ke depan ,iaitu pekan chini. tak sanggup aku ambil risiko lagi. executive decision aku adalah patah balik menuju gambang dan petronas confirm ada kat sana. last-last cancel , gostan balik plan balik kuantan semula.

sampai dengan selamatnya dan lunch dulu kt gambang dalam 2.30 pm , berhampiran persimpangan utama lampu isyarat ke kl - kuantan - segamat. next , balik hotel sebab dah janji dengan hero aku aktiviti swimming pool petang ini.

pekan , pahang












ronda-ronda dalam 2 jam. bermula melintasi jambatan yang aku tak tahu namanya. tapi menarik ,sebab gambar sultan & sultanah pahang kat puncak tertinggi jambatan merentasi sungai pahang ni , ada payung dok tutup dia orang. perhatikan betul-betul gambar di atas.

sebelum tu aku dapat snap 2,3 gambor kat plant mercedes benz , isuzu , DRB Hicom. kira hidup jugak pekan ni dengan ada industri berat bertapak kat sini.

masuk pekan pahnag , kononnya aku nak gi tengok muzium sultan abu bakar tapi hampeh tutup untuk renovation. penat-penat aku datang dari jauh jer. ker memang dah tutup terus kot .. sebab tak nampak pun ada tanda-tanda renovation. pekan pahang ni kecik jer , tapi oklah suasana tenteram. hero aku bergaya posing membelakangi sungai pahang yang terbentang luas tu sambil mintak aku beli aiskerim.

seterusnya gerak ke istana pahang , lalu padang polo yang famous tu sambil stop jap , arina aku nak tukar lampin. destinasi seterusnya .. tasik chini yang buat aku tensen ingat sampai bila-bila. tak datang lagi dah...

Friday, February 19, 2010

kuala pahang











sebelum ronda ke pekan , aku gerak dulu ke kuala pahang. memang dari dulu aku teringin nak tengok tempat ni. kata orang kuala pahang ni tempat orang buang benda-benda halus (dalam botol , contohnya) kat sungai pahang dan hanyut sehingga ke kuala pahang, macam dalam citer "Jangan Pandang Belakang". entahlah ..

dipisahkan oleh sungai pahang melalui satu jambatan konkrit , sempadan di antara pekan pahang dan kuala pahang. sampai jer , pemandangan memang cantik kat area kampung dan tak ada bunyi hiruk pikuk bising. memang best tempat ni.

area pekan kuala pahang ,macam pekan koboi jer dengan satu tempat pendaratan ikan LKIM tempat nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan mereka ke darat , satu balai polis dan deretan kedai yang pengunjungnya aku boleh bilang dengan jari jer. insaf aku bila ingatkan keadaan dia orang dengan aku yang dok kat kl ni.

hari pertama :






bangun subuh dalam 6.05 am , subuh dan tido sat. turun breakfast dengan family aku dalam 8.30 am. buffet breakfast tak banyak , tapi cukuplah sekadar alas perut. nasi lemak bungkus , mee sup , nasi goreng thai , roti canai , french toast , fruits dan minuman standard panas dan sejuk.

aktiviti pagi , gerak ke pekan , pahang. aku seumur hidup tak pernah sampai ke pekan , pahang lagi. adalah dalam 40 km dari kuantan. teruja jugak. jalan lurus dan clear sambil lalu penjara penor.

mercun raya cina



aku tak boleh tidur sangat , pasal cina main mercun berdentum dentam kat bandar kuantan. macam berlawan-lawan pulak dari satu corner ke satu corner bandar kuantan.

aku tido kat bawah dengan arina since dia tak nak berenggang dengan aku (lama tak jumpa daddy dia). wife dan hero aku tido atas. adalah dalam 1.30 am baru aku terlelap.

Thursday, February 18, 2010

keluar malam





lepas lunch kat tanjung lumpur , aku bawak family aku beli makanan dan minuman kat giant untuk isi dalam fridge bilik. then wife aku lepak kat bilik dengan arina dan aku bawak hero aku mandi akt swimming pool sampai 7.05 pm.

lunch kat tanjung lumpur aku makan beehun tomyam , wife aku nasi kukus dengan berlauk dan hero aku tak nak makan, kenyang katanya. tambahan sotong goreng tepung (RM 2.00 jer secucuk .. terkejut aku kat dungun RM 10.00 satu cucuk) dan minuman air kelapa dia memang sedap sampai aku order 2 kali.

malam , dinner kat restoran "terminal satay zul". kat sebelah hotel vistana jer. katanya satay paling sedap kat kuantan. aku try jer. komen aku satay kajang haji samuri , jauh lagi hebat. apa pun itu komen aku jer. wife aku cakap , kuahnya lagi sedap dari haji samuri punya. entahlah. orang kuantan kena turun kajang kot untuk compare. secucuk 60 seng , dan kena tunggu dalam 35 minit baru dapat sebab orang ramai.

sebelum tu gerak ke teluk cempedak saja nak bawak anak2 aku menghdap angin laut malam tapi dibangkang dengan hebat oleh wife aku (malam valentine day , banyak couple xxxx agaknya kot, tak elok untuk tontonan anak2 kecil). setakat lalu jer dan aku pusing balik untuk cari tempat makan.

habis dinner , pusing2 sat bandar kuantan sebelum balik untuk berehat.

3 hari 2 malam




check in kat vistana dalam 3.30 pm. ni jer hotel avalaible since aku booked last minute. apa pun dengan business card yang aku bawa (time jaga production dulu), dapatlah aku corporate rate untuk deluxe room dengan king size bed. woish .. dapat jugak aku berjimat dalam RM 100.00. apa pun family comes first , dan aku tak berkira bab2 holiday ni. yelah , dah dok jauh dan jumpa pun sebulan 1,2 jer. janji semua happy dan aku will be all out for this. aku booked 2 malam since cuti pun panjang.

not bad dengan rate yang aku dapat. cable tv,fridge semua standardlah. but then yang paling aku puas hati trip kali ni tak ada apa2 benda yang spoil kat dalam bilik hotel. selalunya yang aku jejak, ada jer spoil sana sini macam lampu katil tak nyalah , remote tv rosaklah , hair dryer tak functionlah dll (walau pun harga bilik mahal, standard hotel malaysia kot). bilik level paling atas , 6th floor dengan view mengadap swimming pool dan bandar kuantan.

semuanya P E R F E C T. salute to vistana kuantan.