Friday, March 12, 2010

tupai-tupai

meeting department habis 5.40 pm. aku siap-siap , shut down pc dan terus gerak keluar office. meeting berempat jer dengan H , sebab another two IE members cuti tak sihat. apa pun since aku cuti esok , aku pastikan apa-apa yang urgent aku dah send out e-mail dulu. lain-lain follow up , fikir minggu depan. bagus jugak aku ambil cuti ni , dapat jugak kurangkan stress keje yang bertimbun-timbun lately ni.

jumaat aku cuti dan cuti sekolah seminggu sudah bermula (di pantai timur). dah dekat sebulan aku tak balik dungun , sebab sabtu jumaat ada jer jemputan kahwin either kat kl atau johor. tapi minggu ni , aku tak boleh lagi nak tunda balik dungun .. walau pun kenduri kahwin anak kak aishah finance ahad ni terpaksalah aku tak pergi dengan berat hati (dia banyak tolong aku sebelum ni). apa pun family comes first. aku jumpa dia next week , sedekah duit jer nanti. aku harap dia faham.

ingat nak gerak terus drive balik malam jumaat ni , tapi since parents aku ada kat kl aku ingat drive pagi jumaat jer. nak isi masa malam jumaat ni , aku bawak dia orang makan steamboat kat tupai-tupai sambil celebrate birthday brother aku. sampai dalam jam 9.15 pm , sebab aku pusing kat shah alam dan pj cari atm , 3 yang out of service.last dapat kat state pj jugak.

malam ni menu steamboat 'kaya" dengan udang , segala jenis udang semua ada. sampaikan udang yang kaki halus panjang yang aku rasa harga seekor dekat RM 10 tu pun ada. favourite aku "sotong' tak ada pulak malam ni. apa pun , rezeki makan jer apa yang ada. jangan complaint. aku puas semua happy malam ni , dan yang lebih penting ayah aku pun dah bertambah segar dan sihat nampaknya lepas balik umrah hari tu. banyak dia makan malam ni. sama dengan emak aku.

gerak balik dan sampai umah dalam 11.00 pm. siap-siap dan tidur.

No comments: