Friday, March 12, 2010

shah alam 0700



aku bangun 5.15 am , siap-siap packing barang dan subuh. sambil tunggu azan masuk , aku layan hbo citer eraser dulu. emak ayah aku bangun subuh dan siap-siap untuk ke dungun dengan aku. ingat keluar awal , dapatlah elakkan jam , tapi hampeh sama jer dari shah alam lagi. aku lepas masuk gombak , jam kat speedo meter myvi aku tunjukkan 8.15 am.

maleh nak bersesak-sesak kat jalan , aku henti breakfast dulu kat stall sri gombak.emak aku makan kuih jer , ayah aku nasi berlauk dan aku nasi dagang.

lepas mengisi borang petronas saya mahu jadi jutawan , aku terus meluncur melepasi tol gombak ke kuantan. line clear , pagi kete tak banyak dan cuti sekolah baru bermula esok di kl. hujan sikit-sikit kat karak dan temerloh je.

aku sampai dungun 12.35 dan wife dan anak-anak aku dah tunggu untuk lunch sama-sama. parents aku punya suka dapat jumpa hero dan arina aku sampai aku pun tak dapat chance nak dukung arina aku.

habis makan , terus check in kat hotel uitm. aku tinggalkan emak aku dengan wife aku kat bilik sambil aku gerak gi sembahyang jumaat dengan ayah dan hero aku kat masjid uitm.

petang dok lepak kat bilik jer , merehatkan badan sebelum keluar dinner "nasi minyak" malam karang. petang ni wife aku ada keje jap kat office. hero dan parents aku bawak arina jalan-jalan kat bawah. cuaca pun baik petang ni , angin kuat.

No comments: