lepas lunch kat tanjung lumpur , aku bawak family aku beli makanan dan minuman kat giant untuk isi dalam fridge bilik. then wife aku lepak kat bilik dengan arina dan aku bawak hero aku mandi akt swimming pool sampai 7.05 pm.
lunch kat tanjung lumpur aku makan beehun tomyam , wife aku nasi kukus dengan berlauk dan hero aku tak nak makan, kenyang katanya. tambahan sotong goreng tepung (RM 2.00 jer secucuk .. terkejut aku kat dungun RM 10.00 satu cucuk) dan minuman air kelapa dia memang sedap sampai aku order 2 kali.
malam , dinner kat restoran "terminal satay zul". kat sebelah hotel vistana jer. katanya satay paling sedap kat kuantan. aku try jer. komen aku satay kajang haji samuri , jauh lagi hebat. apa pun itu komen aku jer. wife aku cakap , kuahnya lagi sedap dari haji samuri punya. entahlah. orang kuantan kena turun kajang kot untuk compare. secucuk 60 seng , dan kena tunggu dalam 35 minit baru dapat sebab orang ramai.
sebelum tu gerak ke teluk cempedak saja nak bawak anak2 aku menghdap angin laut malam tapi dibangkang dengan hebat oleh wife aku (malam valentine day , banyak couple xxxx agaknya kot, tak elok untuk tontonan anak2 kecil). setakat lalu jer dan aku pusing balik untuk cari tempat makan.
habis dinner , pusing2 sat bandar kuantan sebelum balik untuk berehat.
No comments:
Post a Comment