Wednesday, November 18, 2009

atas pulau



masa mula-mula sampai. sembahyang jamak jer.check in dalam 2.00 pm,oklah depa tak berkira sangat walaupun tulis 3.00 pm. makan semua settle emak aku siap masak dari umah. makan kat bilik hotel jer.lepas makan aku lelap dulu jap sambil hero aku tengok kartun sebelum gerak untuk aktiviti pertama ari tu.

gambar gelap sikit coz cuaca mendung hari nak hujan.

perjalanan bermula








sebagai reward untuk hero aku, aku bawak dia dan parents aku pi penang. kasi relaks sikit. aku pun perlu tempoh "bertenang" asyik keje jer. cuma tak best wife dan arina aku tak ada sama.lepas jumpa cikgu dia dan ambil report card kat sekolah aku uruskan pertukaran sekolah anak aku. semua beres, aku pun siap untuk gerak ke penang bermula 10.30 am.

ini kali ketiga aku pergi tahun ini selepas aku bawak wife aku masa chinese new year hari tu dan somewhere May dengan parents aku sekali. aku pun tak tahu kenapa best sangat pi penang ni.

aku booked hotel tanjung bungah hotel & beach resort.oklah per night RM 198 (inclusive breakfast).satu bilik untuk parents aku dan satu bilik untuk aku dan hero.

Sunday, November 15, 2009

report card





pergh,terrer giler result hero aku punya final semester exam. dapat nombor 4 dalam kelas. menambahkan lagi "kezutan" yang dia kasi kat aku, dia dapat lompat sampai dua kelas (dari kelas nombor 3 terus masuk kelas nombor 1 untuk tahun 2 nanti). kiranya masa zaman aku dulu kira dapat masuk kelas tahun 2A lah n. bangga giler dia. yelah bukannya senang hidup berjauhan dari daddy dan mummy dia sepanjang 11 bulan ni. kecik lagi tu , dah dok jauh. anak orang lain semuanya emak abah dok keliling.tapi hero aku ni seorang yang tabah dan ambitious. aku salute habis betul dengan Muhamad Hafiz Sulaiman, my hero..

aku tak expect banyak pada hero aku ni.ala baru tahun satu,bukannya nak ambil SPM lagi. bagi chance dia enjoy dulu masa zaman kanak-kanak ni. esok dah besar tak merasa lagi. as long dia belajar dengan konsisten dan dapat lulus pun aku dah kira syukur banyak. tapi dia cakap kat aku (masa sebelum exam),dia nak tunjukkan pada aku dan mummy dia yang dia akan bagi result yang terbaik masa exam ni nanti. siap suruh aku dan mummy dia doakan lagi lepas sembahyang. tu yang mahal tu. lagi pun dia nak provekan pada cikgu-cikgu "melayu" dia (kecuali cikgu englsih yang very supportive) yang selalu dok perlecehkan hero aku kata dia tak pandailah,nakallah .. semuanya tak betul. budak-budak biasalah. tak dok diam. kalu dok diam tu bukannya budak namanya.

sepatutnya budak-budak ni kalu salah tolonglah betulkan. cari potensi apa yang ada dalam diri murid tersebut supaya dapat melorongkan dia untuk minat belajar. apa ke .. . punya cikgu. tu pasal sampai masuk paper budak ponteng sekolah sebab bosan dok dalam kelas. maleh aku nak mengulas dengan lebih panjang. dulu pun aku dok bertekak dengan cikgu hero aku pasal performance dia dalam kelas. last-last dia cakap hero aku yang tak pandai.perlu latihan lebih banyak kat rumah. kau ingat latihan sukan ker.

apa pun,ucapan berbanyak terima kasih kepada emak dan ayah aku yang banyak membantu untuk menaikkan graf hero aku dari nombor 39 ke nombor 18 ke nombor 15 dan .. jeng-jeng nombor 4. tanpa dia orang, hero aku tak boleh "transform" terus ke hadapan macam ni. yang aku respect betul dengan hero aku adalah kemajuan yang dicapai dalam masa 11 bulan ni.

aku tak heran sangat tang nombor tu.. tapi peningkatan yang dilakukan tu, sebijik macam masa aku buat output production dulu dari 650-800-950-1000+++.

masa mula-mula dia call aku dulu (nak soh aku ambil cuti balik ipoh),dia kata dapat nombor 1 cikgu dia cakap. lastnya nombor 4. aku rasa sebab paper BM dia dapat B. tak palah,nombor 4 pun ok apa. tak dapat ambil hadiah pun tak pa. cuma aku kena tunaikan "3 wish list" dia jer. satu dah tunaikan ada dua lagi dalam proses.

paling "class" English dapat 95. salah satu,kalu tak 100.
hero aku bagi jawapan betul pada soalan yang diberi (jawapannya biscuit). tapi dia pergi eja biscuit tu sebagai "biskut..". dah salah (cikgu dia pun satu,tak kasi chance langsung).

cuma aku kena cari counter measure macam mana nak bagi hero aku dpt A pulak paper BM lepas ni. mungkin kena kurangkan tengok kartun english kot dan balance kan dengan start tengok kartun BM. bermula dengan Upin & Ipin kot .. betul,betul,betul..

apa pun hero aku dapat excellence result ni, dengan usaha dia sendiri. bukan dengan kuasa "omitrix" ben-10 yang selalu dia tengok kat tv tu.

Thursday, November 12, 2009

yahoo..

bukannya www.yahoo.com. tapi aku dapat cuti jugak walau last minute mintak kat boss aku. gabra jugak aku mulanya tengah hari tadi sebab di kata tak boleh sebab aku tak booked awal dalam calender cuti department aku. tapi dia buat lawak german dia jer...

aku nak balik ipoh collect hero aku punya report card sekolah dia,yelah periksa semester dia dah habis. yang bestnya .. tunggulah aku citer nanti. nak tidur dulu,esok nak gerak awal.

Sunday, November 8, 2009

suatu masa dahulu..




gambar ni diambil masa majlis "open table" sekitar 2005. masa tu aku incharge kat operation. rekod pertama yang dicipta mengeluarkan xxxxx sebanyak 130 biji. aku diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk "open cheque" belanja team yang terlibat dengan kejayaan rekod ini makan tengah hari di sebuah restoran thai-food di sekitar PJ.

aku percaya kejayaan satu-satu pasukan,melibatkan "team work". aku angkut sekali pasukan teknikal aku untuk joint makan bersama budak-budak aku walaupun management aku soh belanja yang buat result jer. habis dalam RM 400.00 jugak tengah hari tu. yang best tu , apa nak "ordar" saja sampai dah tak larat nak ordar..

dan yang paling best bagi aku,management aku datang sat jer , dalam 20 minit minum air dan bagi sedikit speech sebelum angkat kaki. nak tahu kenapa? sebab sebelum ni ada orang cakap "team malaysia" tak boleh buat result sebanyak ni dalam satu shift. hanya tempat lain jer yang boleh buat.bak kata lain,tak da harapan.

aku percaya "malaysia boleh" dan memang boleh pun..

sabtu ahad

weekend ni aku tak travel mana-mana.penat keje. termasuk khamis lepas habis course, aku keje sampai 5 am. aku pun maleh sebenarnya nak turn back balik office,tapi sebab boss aku incharge acting xx , dan dia pun mintak tolong kat aku sebab ada isu kat kilang yang perlukan expertise aku , aku pun "sukarelawannya" menolong. cuma rasa nak marah sebab head masing-masing buat tak tau jer bila masalah besar ni muncul menyebabkan xxx stop.

entahlah.. bertuahlah korang jadi head time sekarang. tak turun padang pun tak pa.buat tak tahu pun tak pa. kalu time aku dulu, zaman tuan xxxx incharge, kalu tak turun masa isu-isu negara ni muncul , alamatnya "silap besarlah".

lain cara dulu dan sekarang bekerja.malaysia cup final? kelantan vs n.sembilan. maleh aku nak ke stadium (dah berumur ni kureng sikit dah nak ke stadium). lagi pun dah sure ada "kes" punya lepas game nanti. aku gak dah. tengok live kat umah jerlah. lagi pun hujan selebat-lebatnya.

Saturday, November 7, 2009

malam yang panjang

aku tak da kat office dua hari (rabu dan khamis). course kat hilton.
aku pun tak ingat bila last pergi course ni adalah 2 tahun lepas. lepas tu company aku buat freeze semuanya. alasan gawat. entahlah..

best jugak lama tak dapat environment fresh kat luar. food is good only parking ticket kat hilton kena bayar. patutnya freelah,stamp jer kat ticket. dapat flat rate jer, RM 9.00.bentang sana bentang sini. tapi kelam kabut sikit sebab aku nak kena siapkan beberapa report bulanan meeting deadline masa minggu ni. tu yang malam yang panjang.