Saturday, March 13, 2010

kuala terengganu


sambung citer trip ke dungun minggu ini. bangun subuh tadi jam 5.00 am , arina aku bangun nak minum susu. settle semua , aku terlelap balik dan sedar dalam 6.50 am untuk subuh. aku sempat snap gambar dari balcone bilik aku , cantik betul pemandangan pagi menghadap laut. pergh .. mana nak dapat.



turun untuk breakfast jam 8.15 am dengan parent aku sekali.pagi ni buffet kat hotel , nasi lemak , mee goreng , laksa , nasi berlauk ayam rendang dan ada dua tiga jenis makanan lagi. aku last sekali sarap lepas semua habis breakfast (aku jaga arina dulu). baca newspaper dan aku naik untuk siap-siap untuk pi kt dalam 10.15 am.





berhenti kat rantau abang isi minyak dulu sebelum sambung balik. destinasi pertama kat kt , taman tamadun islam (tti) kat losong. last time aku pi losong , masuk muzium negeri terengganu masa 2005. time tu jalan nak ke tti ni tak da lagi , lalu ikut rumah kampung je. kira jalan sekerat jalan jer.













sampai dalam 12.00 , view cantik menghadap sungai terengganu , cuma panas terik jer. terus ke masjid kristal. take turn jaga arina sebelum masuk. masa aku masuk ke dalam masjid kristal , tengah ada group budak-budak pompuan hafaz quran. facilities kat sini semua ok cuma signboard information kureng.

selesai masjid kristal , ingat nak naik river cruise susur sungai terengganu dari tti sampai ke pasar payang dan pusing balik (satu trip 50 minit) tapi semua tak nak sebab panas dan letih berjalan. dewasa RM 10 , kanak-kanak RM 8.

sebelum masuk tti , lunch dulu kat restoran depan tu. lauk sedap dan harga pun ok. selesai semua gerak masuk ke tti. dewasa RM15 , warga emas dan kanak-kanak RM 8. masing-masing dapat "passport" yang valid selama setahun dan free meal coupun RM 6 (yang aku tak sempat pakai sebab lupa ..)yang boleh ditukarkan kat cafeteria sebelah tu.

nak kasi mudah trip aku beli tiket tram kat entrance untuk semua, RM 3 per head untuk pusing satu taman (sebab maleh nak berjalan tengah panas terik ni). masjid pertama aku masuk , masjid negara. masuk tengok slide video dulu sebelum tengok masjid kat atas. konsep taman ni , bawah ada tayangan video kat amphiteatre dan kat atas replika masjid ikut skala kecil berbanding saiz original.

monumen masjid yang ada kat sini , nama aku tak ingat cuma aku boleh listkan dari negara mana jer. masjid dari iraq , rusia , malaysia , afghanistan , arab saudi , sepanyol , palestine , pattani , taj mahal , pakistan dan mungkin satu dua yang aku lupa. nak tahu nama masjid checklah dalam internet.

habis trip dalam jam 3.30 pm terus pi parking kete dan gerak untuk pusing-pusing bandar kt , bawak dia orang semua jalan.

sampai dungun 5.15 pm , beli keropok lekor , goreng pisang dan karipap makan kat bilik jer sebab semua orang dah penat. malam , semua dinner kat hotel jer. aku kirim wife aku beli nasi minyak lauk ikan tongkol , makan kat bilik sambil jaga arina.

No comments:

Post a Comment