Monday, March 8, 2010

ahad

tengah hari aku gi kenduri kahwin anak pakcik rahman production area 1 kat kampung medan. sampai sesat aku pusing-pusing cari umah dia , pasal banyak sangat orang buat kenduri kahwin dalam satu hari. umah pun rapat-rapat.

sampai dalam 1.30 pm , time ngam-ngam pengantin berarak masuk. ikut follow dari belakang jer. salam tuan umah dan aku terus pi makan. adalah jumpa dua orang budak TBR kat khemah.

habis makan , aku salam dulu pakcik rahman. dia bagi aku dua packet bunga telur sebelum aku beredar. ingatkan nak tengok wayang kat sunway ,tapi memikirkan banyak budak kilang kat sana time petang-petang ni sebab ada tournament bowling kat pyramid maleh aku nak ke sana . cancel , terus je aku pi office sampai 7 pm.menyiapkan keje office. tak dalah kelam kabut pagi isnin esok , yang semestinya hari yang paling sibuk dalam 5 hari bekerja.

habis keje , singgah pasar malam kat taman medan , beli apa-apa yang patut untuk dinner sebelum gerak balik umah. malam tengok final raja lawak sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment