nak isi masa , aku tanya wife aku nak jalan-jalan lagi tak? dia ikut jer. nak shopping maleh nak bersesak-sesak kat berjaya mall tu. so aku decide habiskan teroka bumi pahang sebelah tenggara ni. tasik chini .. wife aku best , ikut jer. dia dah faham minat aku meneroka tempat-tempat yang orang jarang sampai ni. lagi pun masa awal lagi baru jam 12.00. aku dah bayangkan lunch nanti makan kat restoran menghadap tasik chini , sambil menikmati hidangan ikan-ikan segar dari tasik , masak tempoyak ke , ikan bakar ker ..pergh.. perut pun dah lapor ni..
adalah dalam 60 km dari pekan , ikut jalan ke "mentiga" sebelum jumpa jalan besar lebuh raya tun razak menuju ke muadzam. minyak 1/2 tangki jer. aku pun cuak mulanya , lepas ke tak lepas untuk jumpa next petrol station. tawakal jerlah. nak menakutkan lagi aku sepanjang jalan kiri kanan , hutan dan tak ada tanda-tanda aku akan jumpa petronas untuk isi minyak dan isi borang peraduan jadi jutawan RM 2 juta ringgit.
jalan nak ke chini , memang sunyi giler bercampur ladang kelapa sawit kiri dan kanan jalan (kete rosak tengah jalan , nasiblah). area felda ni. akhirnya sampai jugak kami kat sana dalam 1.45 pm.
macam aku tak percaya , bila sampai hampeh . .apa pun tak ada. tak menarik seperti yang digambarkan dalam dokumentari kat tv. yang ada 2.3 chalet yang tengah dok buat kat pinggir tasik (rujuk gambar) dan jeti tempat pelancong nak naik bot tour tasik.
restoran .. nak makan kena naik bot pergi nun jauh di sana di tengah tasik. itu jer.. buang karan jer aku datang jauh-jauh ni.
hero aku dah mengamuk (rujuk gambar dia tengah tarik muka) sebab lapor dan restoran impian aku tak ada pun. wife dan arina aku pun dah tak ada mood (tak jadi nak naik bot , sebab dia risau takut jadi benda bukan-bukan).
aku pecut balik (dengan tawakalnya sebab minyak masih 1/2). apa pun "tumbs up" pada waja aku sebab minyak bergerak secara konsisten tanpa merundum banyak. sebelum tu aku tanya kat brother sorang tu , "petrol station terdekat kat mana bro?". dia cakap ada dalam 30 km lagi ke depan ,iaitu pekan chini. tak sanggup aku ambil risiko lagi. executive decision aku adalah patah balik menuju gambang dan petronas confirm ada kat sana. last-last cancel , gostan balik plan balik kuantan semula.
sampai dengan selamatnya dan lunch dulu kt gambang dalam 2.30 pm , berhampiran persimpangan utama lampu isyarat ke kl - kuantan - segamat. next , balik hotel sebab dah janji dengan hero aku aktiviti swimming pool petang ini.
No comments:
Post a Comment