topik ni macam sensitif jer (untuk sesetengah oranglah kot.).
aku tak de nak tunding jari pada sapa2.
saje jer nak kongsi aku punya view dan pengalaman aku bekerja dan bergelumang dengan berbagai level of hieraki dalam organisasi.
bagi aku, tak semua orang boleh simply angkat tangan dan cakap "aku boleh mengurus dengan baik dan effisien , berilah saya jawatan itu" di dalam sesebuah organisasi.kalu muka tak malu (gila kuasa),itu belakang kira. kene pegi ikea dulu , beli cermin panjang tu dan dok dalam 10 minit depan cermin,tanya kat cermin tu , layak ke aku nak jadi pengurus ni.
pemilihan sebagai orang nombor satu jugak,tak boleh main tibai jer - pasang kroni , kenal baik dengan certain orang, rekakan cite bukan2 pada top management pasal competitor dia (yang lagi terrer buat keje) dan bla2 lagi ...yang senarainya tak akan berakhir kalu aku list downkan.
tak kira apa bidang sekali pun. mengurus perlukan kemahiran , kepantasan dan kecerdikan. decision making is very important. kalu setakat nak wayang jer baik tak payah. pergi meeting (dok ulang baca skrip supervisor tulis atas kertas).tanpa ada analisa sendiri , dok percaya bulat2 apa yang orang citer kat dia. kalu kate terjun lombong , dia pun ikut terjun lombonglah dia. yang lagi teruk , kalu jenis yang selalu ambil kredit kata all the good things happened due to his own effort (pada hal satu haram pun dia tak terlibat). menghabiskan duit syarikat jer.
satu lagi, tak tahu apa mende , sibuk nak jadi ketua.macam pandai. buat telinga gua panas jer..dapat arahan dari orang yang tak tahu selok belok tentang benda yang sedang dibincangkan.
apa salahnya cakap,maaf saya tak pasti tentang benda ni.boleh passkan pada orang lain yang lebih layak. tapi ego kena jaga beb.. sapa nak mengalah
dah tahu ilmu pengurusan tu kurang,belilah buku baca2 sikit tentang management. tak pun surf web ker.nak jadi ketua bukannya senang.kalu aku tanya , jeffery wilke kenal ke, carlos gosh tu sape , Toyota Production system tu apa , Lean Manufacturing & gung ho .. mesti ternganga punya ...
ini bila dapat result baik, sibuk jer tumpang kredit senang subordinate kat bawah ni (yang bersusah payah buat keje). bila ada masalah sibuk dok menyalahkan orang bawah. lari dari tanggung jawab.. dia sorang jer yang betul. pernah ke nak ambil tahu macam mana susah pekerja kat bawah ni memeah tenaga dan fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. ada ke nak open table ke (apa le sangat campak duit seringgit dua seronokkan hati pekerja ..). result nak , hati pekerja tak tahu nak jaga.
kecerdikan perlu ada dalam melaksanakan sesuatu arahan atau projek. arahan perlu logik dan dalam kemampuan untuk mereka yang akan melaksanakannya. jangan dok main ikut jer. kena cerdik sikit.
sesetengah pengurusan , dah macam sarkis pulak.dok main tukar orang jer. result tak dapat2 jugak. makin hari makin teruk.sepatutnya perlukan ada post-mortem sebelum penukaran dilakukan.ahli2 yang tahu pasal aktiviti di shopfloor perlu terlibat dalam sebarang keputusan sebelum penukaran dilakukan.ini orang yang tak tahu pasal keje yang buat final decision.ambil kira semua faktor , analisa kenapa ,mengapa dan bagaimana perlu ada. jangan ambil statement dari satu pihak jer , kena adil sebelum buat keputusan.
kesilapan paling besar adalah menukarkan "pasukan menang" sebelum ini.dah elok2 perform ,sibuk pergi tukar (ini ada hantu yang campur tanganlah ni). kadang2 ada dalam team sendiri pun nak tikam belakang (peluang bukan dapat selalu) , sebab gila kuasa. nak dapat macam2 benefit, sanggup kenakan kawan baik sendiri pun ada jugak. yang ini elok kena sumpah bercakapsorang-sorang dengan tiang bangunan jer (bila dah under pressure nanti).
pengurus perlu tahu apa strategi yang perlu dilakukan dalam memenangi sesuatu perlawanan.perubahan strategi taktikal yang macam mana diperlukan dalam menghadapi asakan/hentaman halangan dalam sesuatu iklim.
itu yang mourinho gunakan semasa membangunkan chelsea daripada nobody kepada one of the well known establish football team in history. sama jugak kalu apply konsep ni kat sesebuah organisasi.
pengurus perlu sentiasa berdiri teguh bersama pekerja , sama ada di masa susah dan senang. pengurus yang bermatian mempertahankan pasukannya adalah orang yang mempunyai karisma (meminjam ayat dari wife aku) yang tinggi. percayalah , tentera (ahli pasukan) yang ada akan merasa bangga kerana mempunyai seorang ketua yang bertanggung jawab. mereka akan sanggup berjuang bermati-matian dan berdiri di hadapan ketua mereka demi mempertahankan maruahnya.
apa pun , benih yang baik campak kat mana pun boleh hidup (dengan izin allah).
insyallah
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment