lama aku tinggalkan blog ni. banyak benda berlaku kat aku sepanjang blog ni bercuti. sebab utama banyak benda2 lain yang aku kena fikir dan buat selepas last posting blog aku hari tu (march 2010). beban keje kat office pun makin bertambah. tapi tak naik2 jugak promotion. sekarang ni dah stabilize balik , bolehlah pelan2 aku posting blog balik
kalu aku nak recap balik pun tak teringat aku nak recall balik semua. aku ringkaskan sikit dulu.
1) aku tak payah berulang alik ke dungun lagi (wife+anak2 aku dah posting ke shah alam , june 2010). secara rasminya aku tutup buku setelah 9 tahun keje aku berulangalik shah alam-dungun.
2) umah kedua pun dah nak siap (tunggu penyerahan kunci secara rasmi)
3) dalam umur meningkat ke 36 ni , beban hutang hanya tertumpu ke dua rumah jer (alhamdulillah aku well managed). balance gaji bolehlah simpan sebanyak mungkin.
4) result periksa hero aku sangat2 membanggakan walau pun dia baru transfer sekolah.
dapat sekolah budak2 pandai. final year exam dapat nombor 14/46. 5A 2 B.
sekolah agama pun sama , dapat nombor 9/16. result 5 A 1 B.
tapi aku jugaklah yang banyak mengajar dia bila time2 nak exam ni. aku start 2 minggu sebelum final mula, drilling session 2 hours/day dan 4 hours during weekend. lepas tu dia nak merdeka aku tak kisah dah. dan lagi satu pasal result excellence , sekolah dia offer jadi pengawas .. pengawas surau. alhamdulillah syukur. itu yang dia nak kan sangat tu.
5) aku dah jumpa restoran dan pasar basah yang ada jual itik gantung halal (fav aku..). walaupun harga mahal , tapi sedap punya pasal aku tak kisah. thanks to Ibok.
6) jumpa halal seafood restoran yang sedap dan berbaloi harga kat aroma ikan bakar , jeram (menghadap laut on the way to kuala selangor). dah 2,3 kali aku bantai bawak family aku dan parents ke sana.paling sedap sotong goreng tepung , ketam masak cili dan semualah sedap ... makan meriah paling banyak aku spend pun RM 160.00 (itu pun tak habis makan , tapau bawak balik)
7) koleksi jumpa hantu aku pun bertambah balik (ingat dah habis dah..)
8) bulan Julai yang terbaik sepanjang hidup aku (duit yang tak henti-henti masuk)
Friday, November 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)