Tuesday, January 26, 2010

urusan bank

aku follow up dengan bank aku pasal duit umah aku. ambank2 .. penat aku berurusan dengan dia orang ni. communication hampeh .. zero.aku decide nak gi yap kwan seng ni tadi pasal dah seminggu diam membisu dah siap ke tak proses document umah aku. officer yang incahrge memang betul 2 mangkuk. bila call semedang tak ada berjawab. baik kasi potong jer line tepon depa ni. luckily ada dua awek ambank ni yang tolong aku (tak dak skandal apa2 .. dah lambat , aku dah berpunya). budak it , dia kesian kot tengok aku tiap2 kali aku call line divert tu department dia orang jer.semua selesai .. agaknyalah. aku harap2.

balik office , salah aku jugak tak check/bukak surat masa recieved tadi. bank statement pulak tak disertakan sekali. dua kali keje lagi aku nak mengulang balik ke kl. apalah mangkuk punya officer benda simple macam ni pun tak boleh buat.sabor jerlah. dah tulis jelas kat front page document tu , mesti disertakan sekali dengn bank statement. pergh... last2 aku fikir (maleh nak mengulang balik ke kl),cari balik awek tadi , minta tolong dia orang cari "mamat" yang proses document aku dan fakskan terus ke office aku. senang , habis citer.

kete dah siap , tapi tak boleh ambil lagi pasal kurnia tak bagi clearance lagi tang payment claim. ni satu lagi citer , xxxx punya admin woksyop (panel kurnia) , winn soong , jalan kapar , klang. masa aku call follow up last friday , chewah berlagak (officer perempuan,MAS nama dia ): kami tahu,nanti kami suruh despatch pergi hantar terus document En. Shahriman ke KL. tak payah nak susah2 bagi tahu kami. kerek-tapi ...

aku call kurnia pagi tadi , hampeh tak terima langsung jawabnya. apalah bangang dia orang ni, panel woksyop (sama kes macam di atas jugak). kalu aku jadi manager dia orang semua ni , dah lama ada yang aku hantar balik kampung terus. tak payah datang kl lagi. menyusahkan orang jer.

nyarislah aku ni jenis orang beriman , banyak bersabar... kalu tak. aku nak kena settlekan semua ni before thursday , sebab lepas tu aku dah start masuk shift malam. cabaran-cabaran ...

Monday, January 25, 2010

ktmb









aku balik ipoh naik train jer petang sabtu hari tu. punyalah seksa nak tunggu bas dari umah aku nak keluar ke shah alam.ada dekat 1 jam 1/2 menunggu. punya siksa tak de kete. insaf2.

tukar bas kat kompleks , aku cari handphone baru sebab handphone aku sekarang dah dekat nak habis expiry datenya (masuk tahun ke-5). call in tak clear dan battery selalu out of service (walaupun baru tukar bateri baru).apa pun banyak berjasa kepada aku cuma servicenya dah menghampiri penghujung jalan.

dapat train kul 3.05 pm kat kl-sentral. punyalah teruk tak da communication naik train kat mana , announcement pun tak clear .. teruk2 public transport kat malaysia ni.aku lunch kat kfc jer.

dalam train aku tidur jer , sebab panas air-cond macam ada tak ada jer. lepas slim river baru aku terjaga dan tak tahan dek panas tukar coach lain (baru air-cond sejuk giler). mungkin pasal aku dok kat buntut train kot , tu pasal panas membahang. apa pun cantik permandangan kiri-kanan landasan kereta api. tak dak sibuk jam macam kat kl hatta shah alam sekali pun.

sampai ipoh 6.15 pm, parents aku ambil. malam dok umah jer (gi tesco jap) bawak parents aku makan. 10.00 pm zzzz.. penat.

Saturday, January 23, 2010

accident

kete wife aku accident khamis lepas masa on the way balik dari dungun.accident pulak kat dalam area perumahan umah aku (langgar divider). aku pulak time tu divert gerak dengan waja aku pi ambil parents aku kat shah alam (nak jaga arina aku).

dah nak jadi,walaupun aku tensen giler. dah lah penat driving dari dungun (malam sebelum tu naik bas kl-dungun), penat lagi nak settle dengan polis dan insurans. aku settle semua dalam 12.30 malam tu jugak. balik umah terus pengsan. esok pagi keje dan hantar wife aku dulu kat puncak alam (meeting). tengah hari ambil police report kat sek 9 (untuk claim insurans). esok tengah hari drive balik ke dungun. pergh ...tak pernah dibuat orang ni.

patah kaki sekarang kete tak da. aku let go waja aku pada wife aku. siap nanti tukar balik. anyway life goes on. sabor jerlah.

balik ipoh

aku gerak balik ipoh pagi ni. ayah emak aku nak gi umrah minggu depan.
balik ambil dia orang dan esok ada kenduri kat umah aku. ingat nak balik semalam tapi
hujan lebat giler. kete pun bilalah nak siap. mangkuk hayun punya panel woksyop kurnia insurans. kurnia insurans ok , tapi panelnya yang xxx tak ingat.

naik train hari ni .. aku rasa.

Wednesday, January 13, 2010

malam ini

minggu keje macam biasa. malam ni aku nak gerak balik dungun. esok pagi turn back balik kl. esok cuti. tanggung jawab perlu di teruskan , tapi tak tahulah sampai bila.
sabor jerlah. harap aku sihat tubuh badan , insya allah.

apa pun terima kasih kerana ada ketua aku yang supportive kat tempat keje. "guten nag"

Monday, January 11, 2010

sabtu ahad

aku tak pi mana. dok umah jer. minggu ni tak pergi dungun coz wife aku balik this week ada meeting kat shah alam. sabtu siang aku lepak jer kat umah. malam bawak emak ayah aku dine kat subang bestari , makan sup. aku makan bihun tomyam.

ahad petang aku keluar bawak anak sedara wife aku makan satay kajang "samuri".
lepas maghrib kat petronas kajang , gerak balik shah alam.

malam tengok ajl jap then tidur. macam biasa FT , FT , FT .... menang yang tak sepatutnya menang.

dinner

malam ni aku gi dinner dengan office mate aku , kat mutiara damansara. diner meraikan mate aku punya birthday. ini memang tradition deprtment aku.celebrate kat toms romano (bunyi macam italian food jer..) dalam cine leisure mall.

nak gi sana dari officer 5.50 pm jam giler. aku cilok ikut ss14 , potong masuk eastin hotel sebelum "beratur panjang" untuk masuk ke TTDI. ada dekat 1 jam sangkut kat jalan. sabo jerlah.

sampai dalam jam 6.50 pm. sambil tunggu semua datang , aku pi cari teller dulu. pelik tak dak maybank dalam cine leisure.

aku order lamb chop dan extra french fries dan air lime.melepak lebih kurang sembang2 sebelum gerak balik dalm jam 9.40 pm. aku mintak diri chow dulu , tak larat nak stay back lagi. mata dah berat.dia orang stay lagi lepak minum2 kat tepi courtyard.

sampai shah alam dalam 10.30 pm. bersedia untuk hari yang baru esok...keje-keje.

Wednesday, January 6, 2010

syukur



alhamdullilah semuanya bergerak lancar minggu ni. surat sokongan wife aku lulus (setelah 9 tahun menanti ..), preparation operation "bapak" aku settle dan "hero" aku sekolah dengan selesa di persekitaran baru. duit umah baru pun dah start nak kena bayo ni.tak pa semuanya dalam kawalan.

nur arina ,macam biasa sangat menyenangkan kami sekeluarga. rezeki kami lah kot.dia faham dengan keadaan persekitaran dia. boleh bawa diri sendiri.

Tuesday, January 5, 2010

minggu 1

minggu baru diteruskan macam biasa. minggu report. 70% aku dah siap , tu pasal balik keje on time petang ni.balance clearkan besok sebelum deadline khamis.

paip meter air umah aku syabas dah tukar (selepas kali ke 3 aku call lagi pagi ni..complaint). servis lembap , nak kena cakap banyak kali baru nak buat.
duit penalti umah aku pun dah keluar , nyaris tak banyak mana. adalah dalam RM 500++ .. duit jugak tu.

itupun sebab aku follow up giler2 (aku start suspect semacam jer lepas dua tiga kali aku call dia orang bagi alasan2 yang tak logik) dengan Bank dan lawyer firm perumahan aku yang mangkuk hayun dengan servis lembap dan "makan duit aku" tanpa izin aku.lingkuplah firm kau aku mintak sangat. pejabat dia orang ni dekat dataran merdeka.

apa pun tengah tunggu surat dari perumahan aku. aku nak nego some part lawyer firm mangkuk hayun ni yang patut kena bayo.

Monday, January 4, 2010

cabaran dok jauh

tahun ni genap tahun ke 9 aku dok jauh dengan family aku. tak taulah bila akan berakhir. sejak kahwin 2001 hinggalah ke semalam aku masih dok sorang kat shah alam.

dari hero pertama aku keluar sampailah nur arina aku lahir , masih terpaksa berjauhan dengan aku.

aku pun tak faham kenapa susah benor uitm ni nak bagi wife aku keluar dari dungun.
kalu 2,3 tahun oklah, aku boleh accept. ni dah tahun ke 9. kira macam loan kete dah habis bayorlah , tapi tak tukar2 jugak.

aku rasa wife aku ni terrer sangat kot kat fakulti dia sampai dia orang rasa takut pada bayang-bayang sendiri untuk lepaskan wife aku keluar.tahulah dia DL masa master dulu , tapi agak2lah sikit dah tahun ke 9 ni.

apa pun aku belum buat plan c lagi memandangkan aku hormat minat wife aku pada line teaching ni dan demi "taat setianya" pada uitm , aku beralah lah walaupun memang penat giler berulang setiap 2 minggu sekali ni dan dia orang pun macam tak appreciate kat wife aku selama ni. apa pun aku ni biasanya jenis tak boleh di ramal. tengoklah nanti macam mana.

kalu nak buat buku selama 9 tahun aku berulang ni dari kl-dungun macam2 benda aku boleh tulis pengalaman aku sama ada driving sendiri (sorang-sorang tengah malam) atau pun naik bas dan flight. lori dan motor jer aku tak pernah tumpang naik.

antara pengalaman yang aku boleh citer
1. beberapa kali jumpa hantu (dengan wife aku dan aku jumpa sorang-sorang . . cuma tak citer kat dia jer, kang dia tak bagi aku drive sorang kang).
2. pengalaman cipta rekod pecut "kebangsaan" memandu malam dalam 1/2 hujan selama 5 jam dari dungun ke kl ikut jalan lama (bukan LPT woo..). thumbs up to "waja" aku-power to accelerate.
3. cipta rekod "pusingan 360 darjah" driving pergi dan balik dalam hari yang sama
4. skodeng couple "projek" dalam bas (giler betul budak2 sekarang ni)
5. jalan kaki tengah malam buta patah balik sebab bas terbabas dari pekan dungun (aku tertidur)
6. keseronokan balik beraya naik bas dengan "rakyat" (sebab aku nak pi ambil wife dan anak aku)
7. salah beli tiket bas masa dah naik bas malam (tapi dapat balik jugak sebab ada student cina tolong aku).
8. lari dari bayar parking motor kat puduraya (mahal tu dia charge satu hari RM 2.00)
kalu aku cuti 1 minggu dah berapa henget habis tu .. cekik darah betul yang jaga parking kat puduraya tu. pada hal motor jer. nyaris aku terrer jadi macgyver buat magic , dia tak sedar pun aku keluar walaupun dia jaga 24 jam.
9. lalu karak sorang2 jam 12.30 t/malam dan 3.30 am
10.lalu "laluan misteri-short cut" jerangau-jabor sorang2 tengah malam

dan yang lebih penting , aku rasa kebanyakan jalan2 kat terengganu, pahang dan kelantan aku lebih terrer dari local people yang mengaku dia orang pantai timur. tak percaya , boleh try .. tak da hal punya.

syabas

syabas yang tak berapa syabas. aku call puspel semalam complaint pasal meter paip umah aku bocor dengan air "dripping" kat meter bacaan tu. respond memang cepat , dengan pantas dalam beberapa jam pasukan satu lori datang tengok. datang tengok jer lah. alasan kena report dulu esok jabatan lain datang tukar meter. saya tak tukar meter , office tutup.

apa masalah nya bawak meter paip siang2 (dah lah datang satu lori , banyak ruang kosong dalam lori tak kan satu meter paip kecik pun tak boleh bawa). lastnya tak buat apa pun. buang duit minyak dan ot datang dari kelang jauh2 tapi mende pun tak buat. bertuahlah korang tak keje dengan multi-nasional company, boleh mengular sana sini.

hari ni aku call follow up balik , janji melangit officernya cik nurbaya "kita akan pastikan pasang meter paip en. shahriman hari ni jugak. aku balik keje tadi hampeh , satu haram pun tak pasang. memang lembap service dia orang ni. kembalikan semula PUAS .. tak boleh pakai syabas ni.

Sunday, January 3, 2010

pukul 3 am



aku tejaga dengan sendirinya jam 2 am. lepas isyak tadi terus tidur. makan pun tak dari tengah hari tadi. penat giler melayan plumber yang datang repair perparitan air umah aku dari 11 am tadi. semua settle dalam 5.30 pm dengan RM 410 pun settle. duit2 .. hujung-hujung tahun ni macam tahu2 pulak nak dapat xxx. bonus tak dapat lagi ler..

perut dah berbunyi, aku layan "rotcai" restoran mamak kat bukit jelutong , sambil melayan game FA cup reading versus liverpool (yang makin hari makin teruk). gatal kaki nak keluar , pada hal tengok kat umah pun sama jer.

mana satu aku dalam gambar ni? masa zaman sekolah menengah form i kat smis.

Saturday, January 2, 2010

cuti tahun baru

weekend tak gi mana. last week dah balik terengganu. tak da apa aktiviti sangat. dok umah kemas2 apa yang patut dan siapkan keje sekolah sebelum isnin keje. nak tengok avatar , tunggulah dulu ..

hari ni ada plumber nak datang repair paip bawah tanah umah aku. bil air dah melambung tak boleh tahan ooo...

Friday, January 1, 2010

IE 2009



haily , hema , ramzul dan aku. new team member yang belum masuk lagi masa ni, raj.

gambar boss tak dak dalam ni.

argh .. jam tak hengat ..




tensen-tensen aku.. aku gerak dari dungun 3 pm ahad untuk balik kl lepas hantar family aku balik dari cuti raya haji. tu dia jam kat kemaman sampai 3.5 jam dari tempat jual lemang tepi jalan kat kijal.

tahulah raya haji,orang pantai timur semua balik macam balik raya puasa. yang aku pun satu,awat tak keluar awal pagi tadi.mana aku tahu,tak da sapa cakap kat aku jam sampai teruk macam ni. yang aku bengang,jam ni sebab orang potong q nak lepas jambatan sungai terengganu kat kemaman. eeleh .. itu pasal slow. xxx xxxx sapa jenis tak tahu berbaris ni.

kat tol bentong sangkut lagi dari 9.45 pm sampai 10.45 pm baru dapat lepas terus ke tol gombak. sampai s.alam aku terus pengsan sampai pagi...letih giler.

ben 10











siapa ben 10. inilah adiwira favourite hero aku. tanyalah apa saje pasal ben 10 , dari alien sampai ke favourite quote dari ben 10 semua dia tahu. "oh man" , not again ..

cuti raya haji hari tu (jumaat & sabtu) aku tak ke mana. dok kl jer sebab esok paginya hantar wife dan anak2 aku balik dungun.

sebagai suprise reward (aku dah janji) untuk hero aku pasal dia exam hari tu dpat good result , aku bawak dia tengok showcase ben 10 kat kl convention centre (next to klcc). lebih kurang macam teater kat istana budaya tu.

tiket jer , RM 133. henget per head .. tak pa lah sekali sekala. show adalah dalam 2 jam (ada break 10 minutes between that 2 hours show). alien baru yang ada spt. squid dan dna alien. yang lain2 macam heat blast, chromosome dan four arms pun ada keluar jugak.

bangga giler hero aku dapat pergi tengok. show pukul 5 pm-7 pm. habis show dalam kete tak berenti citer pasal show tadi. aku ikutkan jer.

balik kl







time balik tu , sepanjang jalan hujan. aku sampai kl adalah dalam 10.00 pm. lepas masuk LPT baru line clear. kiri kanan jalan dari dungun ke cherating kawasan rendah banyak yang tenggelam.

singgah jap kat chenor (sempadan terengganu-pahang) , beli keropok lekor "keropok iman" makan dalam kete sorang-sorang. sejuk-sejuk ni cepat lapar.

hari keluarga



masa ni time lunch kat hotel uitm sebelum aku drive balik s.alam.wedding invitation..sori hema tak dpt pergi. banjir surut kat pekan dungun ni dalam 12 tengah hari.

aku gerak balik kl dalam 3.30 pm juga time hujan yang amat lebat.

4 bulan




arina aku dah masuk 4 bulan.kejap jer masa berlalu.paling aku repect kat dia tak banyak meragam esp. time malam. meragam nak susu jer.lepas tu tidur balik.

bila bangun,dia boleh layan diri dia sendiri. tak payah nak dukung2 24 jam.

apa pun hyperactive macam hero aku jugak.

sangkut dalam banjir






1st time aku sangkut dalam banjir sepanjang hidup aku. on the way balik tadi aku dah rasa tak sedap hati , hujan lebat giler sepnjang jalan. kat kerteh lagi air dah siap naik dengan jalan rosak sana sini tapi redah jer.

sampai dungun , tu dia area nak masuk perumahan wife aku dah naik dengan air. punyalah aku pusing satu kampung nak elakkan kawasan tenggelam untuk cari jalan masuk semua lebih kurang sama jer. lepas hantar keluarga aku masuk , aku decide parking kete jauh dari area tu takut tak sedar air naik lagi malam ni. jadi akuarium nanti kete aku.. cabaran2.

last aku decide nak parking kete kat petronas jer sebab tempat tu tinggi sikit. hujan lebat tak berhenti. bukan sebelum ni tak pernah ada banjir kat dungun, cuma selama 9 tahun ni aku soh wife aku balik cuti kat s.alam lepas final exam sepanjang musim banjir ni. tu yang panic semacam kali ni bila banjir kena depan mata.

tidorlah aku dalam kete sampai pagi. nak tingal kete sorang2 kat situ takut esok aku datang tinggal bekas tayar kete aku jer nanti.

ipoh - genting - dungun







lama tak panjat genting. aku ikut short cut , tanjung malim -
genting - karak - LPT - dungun. berkabus habis time tu (lagi lepas hujan).

wife aku tak suka ikut sini , sebab jalan bengkang bengkok , tapi kena ikut jugak sebab aku nak sampai dungun cepat malam tu. awal subuh esok nak turn back balik KL. office mate aku kahwin kat PJ. kena pergilah, 1 malaysia maa..

memang keje gilerlah aku ni.

perjalanan diteruskan





akhirnya , hero aku tukar sekolah ke dungun. aku kesiankan emak aku. ayah aku pun tak berapa sihat. nak kena jaga dua-dua pulak. hari tu parking jap jer hero aku kat ipoh pasal wife aku preg. .. walaupun aku tahu tak baik menyusahkan emak ayah kita.

apa pun 2,3 hari jugaklah ayah aku tak lalu makan sebab member kamcing dia makan kat restoran mamak dan nasi ayam tesco dah tak da (hero aku tulah..). emak aku lagilah .. no comment.

sunyilah umah emak aku kat ipoh tu lepas ni ...

tahun baru

selamat tahun baru kepada semua. semoga 2010 menjadi lebih
baik daripada sebelumnya. aku tak percaya dengan azam2 ni.
sorilah..sebab aku selalu azam tapi tak pernah buat pun.
plan dan terus execute jer.

lama aku tak blog. entahlah .. rasa maleh pulak. apa pun aku
berazam 2010 untuk consistent update mana2 yang patut.

azam lagi tu ..