Friday, November 26, 2010

sambung balik

lama aku tinggalkan blog ni. banyak benda berlaku kat aku sepanjang blog ni bercuti. sebab utama banyak benda2 lain yang aku kena fikir dan buat selepas last posting blog aku hari tu (march 2010). beban keje kat office pun makin bertambah. tapi tak naik2 jugak promotion. sekarang ni dah stabilize balik , bolehlah pelan2 aku posting blog balik

kalu aku nak recap balik pun tak teringat aku nak recall balik semua. aku ringkaskan sikit dulu.
1) aku tak payah berulang alik ke dungun lagi (wife+anak2 aku dah posting ke shah alam , june 2010). secara rasminya aku tutup buku setelah 9 tahun keje aku berulangalik shah alam-dungun.
2) umah kedua pun dah nak siap (tunggu penyerahan kunci secara rasmi)
3) dalam umur meningkat ke 36 ni , beban hutang hanya tertumpu ke dua rumah jer (alhamdulillah aku well managed). balance gaji bolehlah simpan sebanyak mungkin.
4) result periksa hero aku sangat2 membanggakan walau pun dia baru transfer sekolah.
dapat sekolah budak2 pandai. final year exam dapat nombor 14/46. 5A 2 B.
sekolah agama pun sama , dapat nombor 9/16. result 5 A 1 B.
tapi aku jugaklah yang banyak mengajar dia bila time2 nak exam ni. aku start 2 minggu sebelum final mula, drilling session 2 hours/day dan 4 hours during weekend. lepas tu dia nak merdeka aku tak kisah dah. dan lagi satu pasal result excellence , sekolah dia offer jadi pengawas .. pengawas surau. alhamdulillah syukur. itu yang dia nak kan sangat tu.
5) aku dah jumpa restoran dan pasar basah yang ada jual itik gantung halal (fav aku..). walaupun harga mahal , tapi sedap punya pasal aku tak kisah. thanks to Ibok.
6) jumpa halal seafood restoran yang sedap dan berbaloi harga kat aroma ikan bakar , jeram (menghadap laut on the way to kuala selangor). dah 2,3 kali aku bantai bawak family aku dan parents ke sana.paling sedap sotong goreng tepung , ketam masak cili dan semualah sedap ... makan meriah paling banyak aku spend pun RM 160.00 (itu pun tak habis makan , tapau bawak balik)
7) koleksi jumpa hantu aku pun bertambah balik (ingat dah habis dah..)
8) bulan Julai yang terbaik sepanjang hidup aku (duit yang tak henti-henti masuk)

Wednesday, March 17, 2010

cuti habis






aku gerak balik kl petang ahad , jam 4.00 pm. lepas tolong hantar barang wife aku (beg-beg dan baju kotor) balik umah sewa dia , hantar hero dan arina aku pulak ke umah baby sitter. lewat sikit sebab menunggu baby sitter arina aku balik dari kt. wife aku ada kelas jam 4.00 pm.

sambil menunggu tu , aku bawak parents aku round-round kat seberang pintasan (naik jambatan baru .. untuk dia orang tapi lama bagi aku yang dah banyak kali pergi ni).
tempat ni famous sebab 3 tahun dulu , michael schumacher pernah datang sini menginap kat tanjung jara dan mengisi masa petangnya dengan main bola sepak dengan budak-budak kampung kat padang bola tepi jalan.

hero aku dan arina cool jer masa tinggal kat umah baby sitter.tak menangis pun , mungkin sebab dah biasa kot. emak aku yang menangis pulak kesiankan dia orang. tengah jalan , aku singgah kat chukai beli keropok "iman" yang bagi aku tersedap yang pernah aku beli dan makan. peliknya , keropok ini ada jual kat pintu gerbang dekat shell , sempadan negeri terengganu dan pahang jer. tempat lain aku tak pernah jumpa. aku borong pack besar 3 , pack kecil 9 untuk emak aku.

berhenti minum petang kat kuala kemaman , ada jual mee chalok. tapi mengingatkan citer "momok the movie" time scene faizal af4 dan abon makan mee chalok , terus cancel tak jadi ordar. aku ordar mee sup jer untuk aku dan boss aku. emak aku nak minum jer.

dinner aku berhenti kat R&R gambang. maghrib dan makan nasi lauk ikan patin , seketul RM 5 which is much cheper compared to R&R temerloh which is RM 8 seketul. saiznya sama besar. aku belikan 2 ketul untuk parents aku makan dengan nasi dan sayur. aku tak makan , kenyang dan lebih penting takut mengantuk tak boleh drive pulak nanti.

jam dekat genting-sempah sampai gombak pulak. alasan orang potong q (bangang betul dia orang ni) dan jalan tutup sebelah kiri jalan pasal tengah repair (walau pun malam tu tak ada orang repair pun). sampai shah alam jam 11.00 pm. tengok badminton final all england dulu (yeh.. malaysia menang) sebelum tidur jam 1.30 am.

bilik aku di dungun






aku kalu datang sini jumpa wife dan anak-anak aku , inilah tempat aku overnight untuk satu malam. segan nak tido umah sewa wife aku , sebab dia dok dengan member-member bujang. dia orang tak ada apa kot , cuma aku jer yang segan. bukan nak kata aku ni baik sangat.

hotel uitm , facilities semua ok dan aku cukup puas hati dengan ada astro , free breakfast , free wi-fi , free newspaper , late check out , bilik pun besar dan yang paling penting view cantik menghadap laut (fridge tak ada , bilik executive jer ada , tapi kena bayo lebih lagilah). sebelah uitm jer. bukan nak kata aku banyak duit , nak menyewa hotel jer setiap kali datang (dua kali sebulan tu) tapi "lu pikirlah sendiri" kenapa aku kena dok sini. aku bermalam kat umah sewa wife aku kalu time darurat jer yang tak boleh elak lagi dah.

hotel-hotel lain kat dungun ada tapi tak memenuhi spesifikasi aku. harga lebih kurang sama atau mahal lagi tapi facilities hampeh. buang karan jer.

dinner malam 1





sorry , posting aku melompat-lompat. ini time dinner malam pertama sampai dungun. aku open table makan seafood kat kuala dungun. alhamdulillah , syukur rezeki murah tahun ni. satu-satu duit masuk .. dan akan masuk lagi , insyallah.

best makan menghadap laut tepi pantai teluk lipat dengan angin yang kuat bertiupdari laut. aku dan wife order ikan cermin "masak bakar" , ikan siakap "masak steam" (favourite ayah dan emak aku) , tomyam campur , telur dadar (hero aku punya), kailan ikan masin , udang masak pedas (mak aii .. banyaknya ada dekat 15 ekor wife aku ordar-favourite dia), satu lagi aku dah lupa nama dia .. baru ingat kerabu. meriah meja.

semuanya aku habis RM 135. puas hati makan , berbaloi. ikan dapat besar , fresh dan masak pun sedap dan tuan punya gerai pulak bermurah hati tolong jagakan arina aku time kami sekeluarga makan. dia kesiankan tengok aku kot , asyik dok dukung arina jer.

habis makan , balik hotel dan siap-siap untuk tidur. wife aku melayan FB sampai pukul berapa aku pun tak tahu .. aku pulak 11 pm dah tidur sebelah arina kat bawah.

Sunday, March 14, 2010

arina dan hafiz








toy museum , tanjung bungah penang




























masa pergi holiday last year , memang tempat yang wajib aku nak pergi bawak hero aku tengok action figure kegemaran dia. toy museum yang dikatakan mempunyai koleksi toy terbanyak di dunia.cuma ben 10 jer yang tak ada. owner tempat ni tak minat ben 10 kot. tiket masuk RM 10.

usm





gambar-gambar masa aku pi penang last feb 2009. pi usm tengok balik school lama dan hostel tempat aku duduk dulu. banyak dah berubah.

Saturday, March 13, 2010

kuala terengganu


sambung citer trip ke dungun minggu ini. bangun subuh tadi jam 5.00 am , arina aku bangun nak minum susu. settle semua , aku terlelap balik dan sedar dalam 6.50 am untuk subuh. aku sempat snap gambar dari balcone bilik aku , cantik betul pemandangan pagi menghadap laut. pergh .. mana nak dapat.



turun untuk breakfast jam 8.15 am dengan parent aku sekali.pagi ni buffet kat hotel , nasi lemak , mee goreng , laksa , nasi berlauk ayam rendang dan ada dua tiga jenis makanan lagi. aku last sekali sarap lepas semua habis breakfast (aku jaga arina dulu). baca newspaper dan aku naik untuk siap-siap untuk pi kt dalam 10.15 am.





berhenti kat rantau abang isi minyak dulu sebelum sambung balik. destinasi pertama kat kt , taman tamadun islam (tti) kat losong. last time aku pi losong , masuk muzium negeri terengganu masa 2005. time tu jalan nak ke tti ni tak da lagi , lalu ikut rumah kampung je. kira jalan sekerat jalan jer.













sampai dalam 12.00 , view cantik menghadap sungai terengganu , cuma panas terik jer. terus ke masjid kristal. take turn jaga arina sebelum masuk. masa aku masuk ke dalam masjid kristal , tengah ada group budak-budak pompuan hafaz quran. facilities kat sini semua ok cuma signboard information kureng.

selesai masjid kristal , ingat nak naik river cruise susur sungai terengganu dari tti sampai ke pasar payang dan pusing balik (satu trip 50 minit) tapi semua tak nak sebab panas dan letih berjalan. dewasa RM 10 , kanak-kanak RM 8.

sebelum masuk tti , lunch dulu kat restoran depan tu. lauk sedap dan harga pun ok. selesai semua gerak masuk ke tti. dewasa RM15 , warga emas dan kanak-kanak RM 8. masing-masing dapat "passport" yang valid selama setahun dan free meal coupun RM 6 (yang aku tak sempat pakai sebab lupa ..)yang boleh ditukarkan kat cafeteria sebelah tu.

nak kasi mudah trip aku beli tiket tram kat entrance untuk semua, RM 3 per head untuk pusing satu taman (sebab maleh nak berjalan tengah panas terik ni). masjid pertama aku masuk , masjid negara. masuk tengok slide video dulu sebelum tengok masjid kat atas. konsep taman ni , bawah ada tayangan video kat amphiteatre dan kat atas replika masjid ikut skala kecil berbanding saiz original.

monumen masjid yang ada kat sini , nama aku tak ingat cuma aku boleh listkan dari negara mana jer. masjid dari iraq , rusia , malaysia , afghanistan , arab saudi , sepanyol , palestine , pattani , taj mahal , pakistan dan mungkin satu dua yang aku lupa. nak tahu nama masjid checklah dalam internet.

habis trip dalam jam 3.30 pm terus pi parking kete dan gerak untuk pusing-pusing bandar kt , bawak dia orang semua jalan.

sampai dungun 5.15 pm , beli keropok lekor , goreng pisang dan karipap makan kat bilik jer sebab semua orang dah penat. malam , semua dinner kat hotel jer. aku kirim wife aku beli nasi minyak lauk ikan tongkol , makan kat bilik sambil jaga arina.